27 September 2011, UTEM: Bertempat
di dewan Besar Universiti Teknikal Malaysia Melaka, Universiti Sains Islam
Malaysia (USIM) telah memahat nama sebagai johan Pertandingan Debat Alam
Sekitar untuk kali pertama. USIM yang diwakili oleh Saudara Muhammad Irhammudin Bin
Ibrahim, Saudara Mohd Ikhwan Mohd Rosseli, Saudara Mohamad Shah Izad Saleh dan Saudara Mohd Faiz
Hussin Shokri membawa pulang wang tunai RM8,000, Piala Pusingan Menteri Sumber
Asli dan Alam Sekitar serta piala iringan.
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) buat pertama kalinya muncul johan Debat Alam Sekitar Institusi Pengajian Tinggi ke-21 selepas berjaya menewaskan Universiti Malaya (UM) pada pusingan akhir dengan keputusan juri 6-1, margin 5.5. Pertandingan itu juga menyaksikan pendebat USIM, Mohd Ikhwan Moh Rosseli dipilih sebagai pendebat terbaik yang melayakkannya membawa pulang wang tunai RM1,500, Piala Ketua Pengarah Alam Sekitar dan hadiah iringan.
Turut
hadir menyaksikan pertandingan akhir Yang Berbahagia Prof. Dato’ Dr. Asin
Dollah, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) USIM dan
penyokong-penyokong setia pasukan Debat Bahasa Melayu USIM.
Berikut adalah rentetan perjalanan yang dilalui oleh pasukan USIM:
PUSINGAN 1
USIM (Kerajaan) vs UPNM
(Pembangkang)
Usul : Bencana Alam Mengeratkan Hubungan
Antarabangsa
Margin : 7
Juri : 3-0
Keputusan : Kerajaan (USIM)
Pendebat Terbaik : Saudara
Mohd Ikhwan Mohd Rosseli (USIM)
PUSINGAN 2
USIM (Kerajaan) vs UTM (Pembangkang)
Usul : Perjuangan Aktivitis Alam Sekitar
Tidak Sia-Sia
Kerajaan : USIM
Pembangkang : UTM
Margin : 3.33
Juri : 3-0
Keputusan : Kerajaan (USIM)
Pendebat Terbaik : Saudara
Mohd Ikhwan Mohd Rosseli (USIM)
PUSINGAN 3
USIM (Kerajaan) vs UMP
(Pembangkang)
Usul : Loji Jana Kuasa Di Malaysia : Satu
Keperluan
Margin : 2
Juri : 2-1
Keputusan : Kerajaan (USIM)
Pendebat Terbaik : Saudara
Mohd Ikhwan Mohd Rosseli (USIM)
PUSINGAN 4
UIAM (Kerajaan) vs USIM
(Pembangkang)
Usul : Teknokrat Alam Sekitar Ibarat Tikus
Membaiki Labu
Margin : 4.67
Juri : 3-0
Keputusan : Pembangkang
(USIM)
Pendebat Terbaik : Saudara
Mohd Aiman (UIAM)
PUSINGAN 5
USIM (Kerajaan) vs UM
(Pembangkang)
Usul : Teknologi Hijau Tonggak Pembangunan
Lestari
Margin : 2
Juri : 2-1
Keputusan : Pembangkang (UM)
Pendebat Terbaik : Saudara
Mohd Azzairi (UM)
PUSINGAN 6
UM (Kerajaan) vs USIM
(Pembangkang)
Usul : Minggu Tanpa Plastik Bukan Jawapan
Kepada Isu Pencemaran Alam Sekitar
Margin : 2.5
Juri : 2-1
Keputusan : Pembangkang
(USIM)
Pendebat Terbaik : Saudara
Mohd Azzairi (UM)
SUKU AKHIR
UTP (Kerajaan) vs USIM
(Pembangkang)
Usul : Kemiskinan Punca Pencemaran Alam
Sekitar
Margin : 3.8
Juri : 5-0
Keputusan : Pembangkang
(USIM)
Pendebat Terbaik : Saudara
Mohd Ikhwan Mohd Rosseli (USIM)
SEPARUH AKHIR
UIAM (Kerajaan) vs USIM
(Pembangkang)
Usul : Kuasa Besar Tidak Serius Menangani
Pemanasan Global
Margin : 3.75
Juri : 4-1
Keputusan : Pembangkang
(USIM)
Pendebat Terbaik : Saudara
Mohd Ikhwan Mohd Rosseli (USIM)
AKHIR
USIM (Kerajaan) vs UM
(Pembangkang)
Usul : Kelestarian Alam Sekitar Membina
Ketamadunan Bangsa
MARGIN : 5.5
JURI : 6-1
Keputusan : Kerajaan (USIM)
Pendebat Terbaik : Saudara
Mohd Ikhwan Mohd Rosseli (USIM)
Di peringkat akhir, pertemuan USIM dengan UM buat kali ke-3
pada pertandingan kali ini telah mematangkan pasukan USIM untuk menidakkan
pihak lawan seterusnya merangkul kejuaraan Debat Alam Sekitar buat kali pertama
selepas sekadar Naib Johan pada tahun lepas. Saudara Mohd Ikhwan Mohd Rosseli
pula telah diumumkan sebagai pendebat terbaik buat 2 tahun berturut-turut. Kejayaan
ini tidak akan terhasil tanpa sokongan padu dari ramai pihak yang sama-sama
menolong serta berdoa untuk kejayaan USIM.
Berikut merupakan sebahagian gambar-gambar bagi pertandingan kali
ini:

Utusan Malaysia, 28 September 2011

Melaka Hari Ini, 28 September 2011

Berita Harian, 28 September 2011

Kosmo, 28 September 2011

Carta rentetan perjalanan pasukan USIM

Ranking pasukan debat selepas 6 pusingan saringan
Pendebat-pendebat Bahasa Melayu USIM lain yang turut hadir memberikan sokongan
Pasukan Debat Bahasa Melayu USIM, anda kebanggaan kami
“MEMBINA PEWARIS LEGASI GEMILANG”
Disediakan Oleh:
MUHAMMAD IQMAL HISHAM BIN KAMARUDDIN
Exco Prestasi dan Pencapaian,
Kelab Debat USIM
No comments:
Post a Comment