
10
JULAI 2012, USIM: Pertandingan Debat Bahasa Arab Sekolah-Sekolah Menengah Kementerian Pelajaran Malaysia Peringkat
Kebangsaan Dan Jemputan Nusantara 2012 telah
selamat disempurnakan dengan jayanya buat kali kelima pada 6-10 Julai 2012 di Fakulti Pengajian Al-Quran dan As-Sunnah (FPQS), Fakulti Kepimpinan dan
Pengurusan (FKP) dan Dewan Kuliah Pusat 3 (DKP 3), Universiti Sains Islam
Malaysia, Nilai, Negeri Sembilan. Pertandingan ini dianjurkan bersama Bahagian
Hal Ehwal Pelajar (HEP) USIM, Kelab Debat USIM dan Bahagian Pendidikan Islam
(BPI), Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Kali ini, penganjur telah membuka
penyertaan baru iaitu kategori nusantara disamping meneruskan kategori
kebangsaan yang sedia ada. SMKA Sheikh Haji Mohd Said, Negeri Sembilan muncul johan
manakala SMKA Al-Irshad, Pulau Pinang muncul naib johan bagi kategori
kebangsaan. Bagi kategori nusantara pula, Madrasah Al-Juneid, Singapura telah
muncul sebagai johan sulung manakala Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS),
Malaysia muncul sebagai naib johan.
KATEGORI KEBANGSAAN
TARIKH
|
AKTIVITI
|
TEMPAT
|
6 Julai
|
Pendaftaran Peserta & Guru Pengiring
|
Kolej Kediaman Sutera Indah, USIM
|
Taklimat Peserta
|
DKU FPQS, USIM
|
|
Taklimat Hakim
|
Dewan Hotel Alson Klana, Nilai
|
|
7 Julai
|
Pusingan 1, 2 & 3
|
FPQS, USIM
|
8 Julai
|
Pusingan 4, 5 & 6
|
FPQS, USIM
|
9 Julai
|
Pusingan 16 Terbaik, Suku Akhir & Separuh Akhir
|
FPQS, USIM
|
10 Julai
|
Pertandingan Akhir & Perasmian Penutup
|
DKP 3, USIM
|
KATEGORI NUSANTARA
TARIKH
|
AKTIVITI
|
TEMPAT
|
7 Julai
|
Pendaftaran Peserta & Guru Pengiring
|
Kolej Kediaman Sutera Indah, USIM
|
Taklimat Peserta
|
DKF 2.1 FPQS, USIM
|
|
8 Julai
|
Pusingan 1, 2 & 3
|
FKP, USIM
|
9 Julai
|
Separuh Akhir & Pertandingan Akhir
|
FKP, USIM
|
10 Julai
|
Perasmian Penutup
|
DKP 3, USIM
|
Secara umumnya, pertandingan telah
berjalan dengan lancar. Walaupun terdapat beberapa masalah seperti masalah
ketiadaan air di tempat penginapan serta masalah makanan basi, namun ianya
dapat diatasi. Mengenai masalah air, ianya disebabkan oleh kerja-kerja
pembaikan kebocoran paip oleh pihak Syarikat Air Negeri Sembilan (SAINS)
manakala masalah makanan basi berpunca dari caterer makanan yang gagal
menyediakan makanan dalam keadaan yang ditetapkan. Masalah air diatasi dengan
menghubungi pihak SAINS bagi meminta penjelasan dan meminta agar menyelesaikan
kerja-kerja membaik pulih dengan segera manakala masalah makanan basi diatasi
dengan menukar caterer yang baru yang dapat menyediakan makanan dalam keadaan
yang baik. Selain itu, terdapat beberapa masalah lain seperti kes demam,
cirit-birit serta kehilangan barang namun semua itu juga dapat diatasi dengan
bantuan Unit Aduan, Kebajikan & Keselamatan pertandingan.
Pertandingan
kali ini juga disaksikan oleh penonton-penonton yang datang dari
sekolah-sekolah sekitar Nilai seperti SMK Bandar Baru Salak Tinggi, SMK Bandar
Baru Nilai dan SMKA Tun Mamat. Selain itu, delegasi daripada Thailand juga
telah hadir bagi menyaksikan sendiri pertandingan yang sedang berlangsung pada
ketika itu.
Perasmian
penutup telah disempurnakan oleh YB Exco Pelajaran Negeri Sembilan, Dato
Shamsulkahar Deli. Ianya juga dihadiri oleh Yang Berbahagia Pengarah Bahagian
Pendidikan Islam (BPI), Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), Tuan Haji
Abdullah Md Din, Naib Canselor USIM, Prof. Dato’ Dr. Muhamad Muda, Timbalan
Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar & Alumni USIM, Prof. Dato’ Dr. Asin Dollah,
Timbalan Naib Canselor Akademik & Antarabangsa, Prof. Dr. Musa Ahmad dan
dif-dif kehormat dari BPI dan juga USIM yang lain.
Pertandingan ini menyaksikan kemeriahan suasana Bahasa
Arab dan iklim Islami dalam kalangan
warga pertandingan. Perkara ini dapat dibuktikan apabila parlimen bersidang dalam bahasa Arab.
Segala taklimat dan pengumuman daripada pensyarah dan urus setia pertandingan juga
disampaikan dalam bahasa Arab. Di samping itu, perbualan antara pendebat, guru
pengiring dan hakim majoritinya dalam bahasa Arab. Sajian hiburan dalam bahasa Arab juga disediakan oleh pihak penganjur
pertandingan. Pertandingan ini juga telah mewujudkan serta mengeratkan ukhuwah
antara pihak sekolah dengan BPI dan USIM.
Selain itu, pertandingan ini
membolehkan para peserta dan guru menimba ilmu dan pengalaman berdasarkan komen
dan kritikan yang diberikan kepada para pendebat selepas setiap sesi perdebatan. Para peserta berdebat sambil belajar untuk berkomunikasi dalam bahasa Arab. Pengalaman yang didapati dari
pertandingan ini juga dapat diaplikasikan di sekolah melalui berkomunikasi
dalam bahasa Arab bagi pertandingan-pertandingan lain seperti Kalimatus Sobah,
Hiwar dan Kuiz Bahasa Arab dalam Majlis
Ihtifal Institusi Pendidikan Agama (IPA) di pelbagai peringkat.
Rata-rata pendebat melahirkan
rasa syukur kerana pertandingan ini merupakan salah satu daripada saluran untuk
mewujudkan ukhuwah baru dan melalui pertandingan ini, para pendebat dilihat lebih berkeyakinan untuk berkomunikasi dalam
Bahasa Arab dalam kehidupan seharian mereka.
Berikut
merupakan sebahagian gambar-gambar yang sempat dirakan sepanjang pertandingan
berlangsung:

Sebahagian dari runners yang bertugas pada pertanidngan kali ini

Sesi pendaftaran

Peserta berasak-asak ke bilik sidang

Malam taklimat peserta

SMK Mutiara, Labuan

Juara Kebangsaan, SHAMS

Suasana ketika pertandingan akhir peringkat nusantara
Juara Nusantara, Al-Junied dari Singapura

Ajk-ajk bergambar selepas pertandingan

Sebahagian hakim-hakim yang mengadili pertandingan kali ini
Pengarah dan timbalan pengarah
Sesi penyampaian hadiah kepada para pemenang
Penonton yang menghadiri pertandingan akhir peringkat nusantara
“MEMBINA PEWARIS
LEGASI GEMILANG”
Disediakan
oleh:
MUHAMMAD IQMAL HISHAM BIN KAMARUDDIN
Pengarah
Pertandingan
Debat Bahasa Arab Sekolah-Sekolah Menengah
Kementerian
Pelajaran Malaysia Peringkat Kebangsaan dan Jemputan Nusantara 2012
No comments:
Post a Comment