4
FEBRUARI 2013, USIM: Penantian Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
selama enam tahun untuk menjejakkan di pentas akhir Kejohanan Debat Bahasa Arab Peringkat Institusi Pengajian
Tinggi ASEAN telah tercapai apabila
mereka buat pertama kalinya telah menjejakkan kaki di pentas akhir Kejohanan
Debat Bahasa Arab Peringkat Institusi Pengajian Tinggi ASEAN Kali Ke-6 2013
baru-baru ini. USIM yang diwakili oleh pasukan Debat Bahasa Arab (USIM B) telah
bertindak selaku pembangkang manakala kerajaan pula diwakili oleh Universiti
Islam Negeri (UIN) Syarif Hidayatullah, Indonesia. Walaubagaimanapun, kemenangan
telah berpihak kepada pihak kerajaan yang juga merupakan juara bertahan pada
tahun lepas.
Bagi
pertandingan akhir ini, johan telah membawa pulang sebanyak RM5,000
bersama-sama dengan piala pusingan manakala naib johan pula membawa pulang
sebanyak RM3,000. Pendebat terbaik pada pusingan akhir telah disandang oleh
saudara Ayatullah Husaini dari pasukan Universiti Islam Negeri (UIN) Syarif
Hidayatullah yang membawa pulang piala iringan dan Tab MyIman sumbangan MyIman
Technologies Sdn. Bhd.
Kejohanan debat
kali ini telah berlangsung di Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah (FPQS) dan
pentas akhir di Dewan Kuliah Pusat 3 (DKP 3) pada 30 januari hingga 4 febuari
2013 dan merupakan salah satu dari acara IHTIFAL Institusi Pengajian Tinggi
(IPT) ASEAN 2013. Acara-acara lain yang telah dipertandingkan sepanjang IHTIFAL
ini adalah acara nasyid, tilawah al-quran, dan konvensyen pendakwah muda. Program
IHTIFAL ini merupakan kerjasama antara Universiti Sains Islam Malaysia (USIM),
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Yayasan Taqwa.
Kejohanan debat ini
telah disertai oleh 13 pasukan dari Malaysia, 3 pasukan dari Indonesia, 1
pasukan dari Brunei dan 1 pasukan swing. Malaysia diwakili oleh Universiti
Sains Islam Malaysia (USIM), Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA),
Universiti Malaya (UM), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM),
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti
Malaysia Kelantan (UMK), Universiti Malaysia Pahang (UMP) dan Kolej Universiti
Islam Antarabangsa Selangor (KUIS). Indonesia pula telah diwakili oleh
Universiti Islam Negeri (UIN) Syarif Hidayatullah, Universiti Islam Bandung
(UNISBA) dan Sekolah Tinggi Ilmu Tarbiyyah (STIT) Diniyyah Puteri Rahmah El
Yunusiyah manakala Brunei pula telah diwakili oleh Kolej Universiti Perguruan Ugama
Seri Begawan (KUPU SB).
Dengan
bertemakan “Belia Islam Pemangkin Transformasi Ummah”, kejohanan debat ini
telah berjaya mewujudkan satu hubungan yang baik antara universiti-universiti
antara Malaysia dengan universiti-universiti negara ASEAN yang lain seperti
Indonesia dan Brunei. Selain itu, kejohanan debat ini juga sedikit sebanyak
memberi peluang kepada para mahasiswa untuk meningkatkan kualiti penguasaan
bahasa arab di peringkat antarabangsa dan telah disambut baik dari dalam
mahupun luar negara. Ini jelas menunjukkan, bahasa arab juga mampu untuk
dikuasai tanpa mengira bangsa dan negara. Diharapkan kejohanan debat seperti
ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang dengan penyertaan dari negara
ASEAN yang lain seperti Singapura, Filipina, Thailand, Laos, Kemboja dan
Myammar. Diharapkan juga dengan adanya kejohanan seperti ini, bahasa arab akan terus
menjadi bahasa utama di persada dunia.
Berikut merupakan sebahagian gambar-gambar sepanjang kejohanan kali ini yang sempat dirakamkan:
Pasukan Debat Bahasa Arab USIM, kalian kebanggan kami
Keceriaan terpancar di muka pendebat-pendebat USIM
Pasukan Debat Bahasa Arab USIM bergambar selepas kejohanan
Salah satu scene yang sempat dirakam di luar dewan pentas akhir
Pasukan debat Bahasa Arab USIM selaku pembangkang di pentas akhir
Pasukan Syarif Hidayatullah selaku kerajaan di pentas akhir
Pasukan Debat Bahasa Arab USIM sedang berbincang ketika waktu kuarantin
Pasukan dari KUPU SB, Brunei
Sebahagian runner yang menjadi duta kecil USIM pada kejohanan kali ini
Sebahagian ajk-ajk kejohanan pada kali ini
Ketika waktu perdebatan
Ajk-ajk bergambar selepas kejohanan
Saudara Aizat Shamsudin, pengarah kejohanan kali ini
Ajk-ajk sedang menjalankan tugas
Peserta=peserta ketika waktu taklimat
Menyambut ketibaan peserta dari Indonesia dan Brunei
Ketika waktu pendaftaran
“MEMBINA PEWARIS LEGASI GEMILANG”
Disediakan oleh:
Setiausaha
Kejohanan Debat Bahasa Arab
Peringkat Institusi
Pengajian Tinggi Asean
Kali Ke-6 2013
I have read your Excellent Post.This is Great Job. i have enjoyed your reading your post first time.
ReplyDeletei wnat to say thanks for this post.SattaKing
SattaKing
I really loved reading your blog. It was very well authored and easy to understand. Unlike other blogs I have read which are really not that good.Thanks alot!
ReplyDeleteSatta money double
nice post this is sattaking
ReplyDeleteENT Specialist in Meerut
ReplyDelete