26 Oktober 2011: Sejarah tercipta buat Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
apabila pasukan Debat Bahasa Melayu USIM telah dinobatkan selaku juara sulung
bagi Pertandingan Debat Piala Perdana Menteri 2011. Kejayaan tersebut dicipta
di Dewan CAC, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dengan berjaya memikat
7 orang juri dari 9 orang juri yang mengadili pertandingan akhir tersebut untuk
mengenepikan saingan akhir dari Universiti Teknologi MARA (UITM) sebagai naib
johan. Keceriaan ini ditambah apabila Saudara Mohd Ikhwan Mohd Rosseli turut
diumumkan sebagai pendebat terbaik akhir pada pertandingan kali ini.
Selaku johan, USIM membawa pulang piala iringan, wang
tunai RM25,000 dan Saudara Mohd Ikhwan Mohd Rosseli membawa pulang piala
iringan dan wang tunai RM2,000 manakala UITM pula membawa pulang piala iringan
dan wang tunai RM15,000. Pertandingan akhir ini juga dihadiri kira-kira hamper 200
penyokong dari USIM di dalam memberikan sokongan moral kepada pasukan Debat
Bahasa Melayu USIM selain kehadiran Yang Berbahagia Prof. Dato’ Dr. Mohamad Muda,
Naib Canselor USIM dan Prof. Dato’ Dr. Asin Dollah, Timbalan Naib Canselor Hal
Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA).
Pertandingan
ini telah diadakan buat julung kalinya oleh myHarapan di dalam usaha untuk
memperkenalkan serta meluaskan lagi arena perdebatan di peringkat kebangsaan
sekaligus menambah lagi arena perdebatan yang sedia ada di Malaysia.
Pertandingan ini juga diadakan bagi melahirkan generasi-generasi pemimpin masa
depan di samping mendengar pandangan atau suara generasi muda dalam memacu
Negara ke arah kemakmuran dan kesejahteraan seiring dengan temanya iaitu
“Generasi Muda Untuk Transformasi”. Selain itu ianya juga diadakan bagi melihat
sendiri penerimaan serta pemahaman generasi muda terhadap program-program
transformasi yang telah dilaksanakan oleh kerajaan dalam membawa Negara ke arah
Negara berpendapatan tinggi dan juga Wawasan 2020.
Berikut
merupakan rentetan perjalanan pasukan Debat Bahasa Melayu USIM di sepanjang
pertandingan kali ini:
PUSINGAN PERTAMA
UMP (Kerajaan) vs USIM (Pembangkang)
Tema: Malaysia Sebagai
Hub Pendidikan Antarabangsa
Usul: Dewan Ini Percaya
Kuota 30 Peratus Ahli Akademik Antarabangsa
Akan Menjadikan Malaysia Hub Pendidikan Dunia
Margin: 5.33
Juri: 3-0
Keputusan: Pembangkang
(USIM)
Pendebat Terbaik: Saudara Mohd
Ikhwan Mohd Rosseli (USIM)
PUSINGAN KEDUA
USIM (Kerajaan) vs UMS (Pembangkang)
Tema: Brain-Drain dan
Brain-Gain
Usul: Dewan Ini
Mencadangkan Cukai Yang Tinggi Patut Dikenakan
Kepada Golongan Profesional Malaysia Yang bekerja Di Luar Negara
Margin: 2
Juri: 1-2
Keputusan: Pembangkang (UMS)
Pendebat Terbaik: Tiada
PUSINGAN KETIGA
UNITEN (Kerajaan) vs USIM (Pembangkang)
Tema: Negara
Berpendapatan Tinggi
Usul: Dewan Ini Percaya Pelan Transformasi Ekonomi Perlukan DEB
Margin: 2.67
Juri: 3-0
Keputusan: Pembangkang
(USIM)
Pendebat Terbaik: Saudara Mohd
Ikhwan Mohd Rosseli (USIM)
PUSINGAN KEEMPAT
USIM (Kerajaan) vs UIAM (Pembangkang)
Tema: Penambahbaikan
Sistem Pengangkutan Awam
Usul: Dewan Ini Melarang Penjualan petrol bersubsidi Di Bandar Yang
Mempunyai Perkhidmatan Pengangkutan Awam Yang baik
Margin: 2
Juri: 1-2
Keputusan: Pembangkang (UIAM)
Pendebat Terbaik: Saudara Mohd
Ikhwan Mohd Rosseli (USIM)
PUSINGAN KELIMA
UMP (Kerajaan) vs USIM (Pembangkang)
Tema: Brain-Drain dan
Brain-Gain
Usul: Dewan Ini Mewajibkan Caruman Kepada Dana Persaraan Untuk
Kakitangan Awam, Swasta dan Persendirian
Margin: 5
Juri: 2-1
Keputusan: Pembangkang
(USIM)
Pendebat Terbaik: Saudara Mohd Ikhwan
Mohd Rosseli (USIM)
Walaupun secara keseluruhannya pasukan USIM
hanya mendapat tempat kelima dalam peringkat pusingan dengan hanya mencatat
tiga kemenangan sahaja, namun itu tidak mematahkan semangat pasukan USIM untuk
pergi dengan lebih jauh di peringkat seterusnya.
PUSINGAN SUKU AKHIR
USIM (Kerajaan) vs UMT (Pembangkang)
Usul: Dewan Ini
Menyokong Pelantikan Naib Cancelor Melalui
Pengundian Demi Autonomi Universiti
Juri: 3-2
Keputusan: Kerajaan (USIM)
Pendebat Terbaik: Saudara Mohd Ikhwan
Mohd Rosseli (USIM)
PUSINGAN SEPARUH AKHIR
UIAM (Kerajaan) vs USIM (Pembangkang)
Usul: Dewan Ini Akan Mengecilkan Saiz Kabinet Malaysia
Juri: 5-2
Keputusan: Pembangkang (USIM)
Pendebat Terbaik: Tiada
Di peringkat separuh akhir, pasukan USIM
bertemu dengan seteru utama iaitu pasukan UIAM yang merupakan tuan rumah
kejohanan. Walaupun UIAM tampil
dengan rekod kemenangan di pusingan kelayakan serta sokongan padu dari
penyokong yang ramai, namun sokongan dari rakan-rakan seperjuangan USIM serta
rakan-rakan universiti-universiti lain telah menambahkan keyakinan pasukan USIM
sehingga mencatat kemenangan yang cukup bermakna denagn juri 5-2 seterusnya
melayakkan pasukan USIM mara ke pusingan akhir pertandingan Piala Perdana
Menteri 2011.
PUSINGAN AKHIR
UITM (Kerajaan) vs USIM (Pembangkang)
Usul: Dewan Ini Percaya
kerajaan Malaysia Wajar Menyaring Kandungan
Internet Secara Terpilih Untuk Mencapai 1Malaysia
Juri: 7-2
Keputusan: Pembangkang
(USIM)
Pendebat Terbaik: Saudara Mohd Ikhwan
Mohd Rosseli (USIM)
Kejuaraan pasukan Debat Bahasa Melayu USIM
bagi pertandingan debat yang paling berprestij ini telah membuka mata
masyarakat tentang kemampuan dan kebolehan pasukan Debat Bahasa Melayu USIM dan
sekali lagi telah berjaya menambah koleksi kejuaraan bagi Kelab Debat USIM dan
USIM sendiri secara keseluruhannya pada pertandingan kali ini. Diharapkan agar
kejayaan pada kali ini menjadi pemangkin untuk Debat Bahasa Melayu USIM terus
maju di dalam mengharumkan serta memahat nama USIM agar disegani dan dihormati oleh
universiti-universiti lain di Malaysia.
Berikut merupakan sebahagian gambar-gambar di
sepanjang pertandingan kali ini:
PM melihat Piala Pusingan Debat Piala Perdana Menteri yang diperbuat 100% dari puiter seberat 19kg yang bernilai RM25,000
Pendebat-pendebat USIM ketika taklimat pertandingan
Pasukan Debat Bahasa Melayu USIM ketika pertandingan di peringkat saringan
Saudari Ummu Umairah dari USIM ketika ditemu ramah oleh wartawan
Perbincangan yang sentiasa menjadi elemen penting buat pasukan debat USIM
Pertandingan kali ini mendapat liputan meluas media massa
Juara Debat Piala Perdana Menteri (Kategori Bahasa Melayu) dan Juara Debat Piala Perdana Menteri (Kategori Bahasa Inggeris)
Pasukan Debat Bahasa Melayu USIM bersama dengan Vanidah Imran, salah seorang juri pertandingan akhir
Rentetan perjalan Juara Sulung Debat Piala Perdana Menteri 2011
Pasukan Debat Bahasa Melayu USIM, kalian kebanggaan kami
“MEMBINA PEWARIS LEGASI GEMILANG”
Disediakan oleh:
MUHAMMAD IQMAL HISHAM BIN KAMARUDDIN
Exco Prestasi dan Pencapaian
Kelab Debat USIM
No comments:
Post a Comment