Saturday, 19 May 2012

BENGKEL KEURUSETIAAN DAN PENGANJURAN KEJOHANAN DEBAT 2012



19 MEI 2012, PEMAISURI RESORT: Penganjuran bengkel ini amat bertepatan dengan peranan Kelab Debat dan Bahagian Hal Ehwal Pelajar dalam menganjurkan tiga pertandingan debat berskala besar setiap tahun iaitu Kejohanan Debat Piala Naib Canselor USIM, Pertandingan Debat Bahasa Arab Sekolah Menengah Peringkat Kebangsaan dan Pertandingan Debat Bahasa Arab Institusi Pengajian Tinggi ASEAN.

Melalui pembentangan modul-modul penganjuran kejohanan debat oleh para fasilitator dan latihan dalam kumpulan, aktiviti ini dilihat banyak membantu para peserta untuk memahami aspek gerak kerja, pengurusan dan keurusetiaan apabila ingin menganjurkan sesebuah pertandingan debat.

Pada hari terakhir bengkel, para peserta telah ditugaskan untuk membuat simulasi penganjuran pertandingan debat berdasarkan modul-modul yang telah didedahkan sebelum ini. Simulasi ini penting untuk mendedahkan kepada peserta keadaan sebenar dan gerak kerja belakang tabir sepanjang sesebuah pertandingan debat berlangsung.

Selain itu juga, melalui bengkel ini para peserta dan fasilitator telah berjaya menghasilkan satu modul baru iaitu “Takwim Gerak Kerja Jawantankuasa” yang akan menjadi rujukan kepada sesebuah jawatankuasa pertandingan debat dalam melaksanakan gerak kerja masing-masing dengan lebih teratur dan tersusun. 

Berikut merupakan unit-unit yang telah dikemaskini khusus bagi Pertandingan Debat Bahasa Arab Antara Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia Peringkat Kebangsaan dan Jemputan Nusantara 2012 dan kejohanan-kejohanan debat yang lain hasil dari perkongsian di dalam bengkel pada kali ini:

BIL
UNIT
PIC
1
Unit Protokol dan Jemputan
PENGARAH
2
Unit Dewan Pertandingan
PENGARAH
3
Unit Aduan, Kebajikan dan Keselamatan
PENGARAH
4
Unit Teknologi Maklumat dan Media
PENGARAH
5
Unit Kiraan Markah
TIMB. PENGARAH
6
Unit Pengangkutan
TIMB. PENGARAH
7
Unit Pertandingan
TIMB. PENGARAH
8
Unit Teknikal dan Fizikal
TIMB. PENGARAH
9
Unit Pengurusan Peserta
SETIAUSAHA
10
Unit Koordinator
SETIAUSAHA
11
Unit Pengurusan Hakim
SETIAUSAHA
12
Unit Penginapan
SETIAUSAHA
13
Unit Publisiti dan Buku Cenderamata
BENDAHARI
14
Unit Jamuan
BENDAHARI
15
Unit Hadiah, Sijil dan Cenderamata
BENDAHARI
16
Unit Tajaan
BENDAHARI


UNIT PROTOKOL DAN JEMPUTAN

UNIT DEWAN PERTANDINGAN

UNIT ADUAN, KEBAJIKAN DAN KESELAMATAN

UNIT TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN MEDIA

UNIT KIRAAN MARKAH

UNIT PENGANGKUTAN

UNIT PERTANDINGAN

UNIT TEKNIKAL DAN FIZIKAL

UNIT PENGURUSAN PESERTA

UNIT KOORDINATOR

UNIT PENGURUSAN HAKIM

UNIT PENGINAPAN


UNIT PUBLISITI DAN BUKU CENDERAMATA

UNIT JAMUAN

UNIT HADIAH, SIJIL DAN CENDERAMATA

UNIT TAJAAN

Berikut merupakan sebahagian gambar-gambar sepanjang bengkel:

Simulasi pertandingan akhir

Fasilitator sedang membincangkan simulasi pertandingan debat

Peserta-peserta bengkel kali ini

Orang-orang kuat Kelab Debat

Semua kelihatan gembira

Kelab Debat "Membina Pewaris Legasi Gemilang"

MEMBINA PEWARIS LEGASI GEMILANG

RAFEAH BINTI MAKHTAR
Pengarah
Bengkel Keurusetiaan dan Penganjuran Kejohanan Debat 2012

No comments:

Post a Comment