Wednesday, 26 October 2011

USIM JUARA SULUNG PERTANDINGAN DEBAT PIALA PERDANA MENTERI 2011




26 Oktober 2011: Sejarah tercipta buat Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) apabila pasukan Debat Bahasa Melayu USIM telah dinobatkan selaku juara sulung bagi Pertandingan Debat Piala Perdana Menteri 2011. Kejayaan tersebut dicipta di Dewan CAC, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dengan berjaya memikat 7 orang juri dari 9 orang juri yang mengadili pertandingan akhir tersebut untuk mengenepikan saingan akhir dari Universiti Teknologi MARA (UITM) sebagai naib johan. Keceriaan ini ditambah apabila Saudara Mohd Ikhwan Mohd Rosseli turut diumumkan sebagai pendebat terbaik akhir pada pertandingan kali ini.

Selaku johan, USIM membawa pulang piala iringan, wang tunai RM25,000 dan Saudara Mohd Ikhwan Mohd Rosseli membawa pulang piala iringan dan wang tunai RM2,000 manakala UITM pula membawa pulang piala iringan dan wang tunai RM15,000. Pertandingan akhir ini juga dihadiri kira-kira hamper 200 penyokong dari USIM di dalam memberikan sokongan moral kepada pasukan Debat Bahasa Melayu USIM selain kehadiran Yang Berbahagia Prof. Dato’ Dr. Mohamad Muda, Naib Canselor USIM dan Prof. Dato’ Dr. Asin Dollah, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA).

Pertandingan ini telah diadakan buat julung kalinya oleh myHarapan di dalam usaha untuk memperkenalkan serta meluaskan lagi arena perdebatan di peringkat kebangsaan sekaligus menambah lagi arena perdebatan yang sedia ada di Malaysia. Pertandingan ini juga diadakan bagi melahirkan generasi-generasi pemimpin masa depan di samping mendengar pandangan atau suara generasi muda dalam memacu Negara ke arah kemakmuran dan kesejahteraan seiring dengan temanya iaitu “Generasi Muda Untuk Transformasi”. Selain itu ianya juga diadakan bagi melihat sendiri penerimaan serta pemahaman generasi muda terhadap program-program transformasi yang telah dilaksanakan oleh kerajaan dalam membawa Negara ke arah Negara berpendapatan tinggi dan juga Wawasan 2020.

Berikut merupakan rentetan perjalanan pasukan Debat Bahasa Melayu USIM di sepanjang pertandingan kali ini:

PUSINGAN PERTAMA

UMP (Kerajaan) vs USIM (Pembangkang)

Tema: Malaysia Sebagai Hub Pendidikan Antarabangsa

Usul: Dewan Ini Percaya Kuota 30 Peratus Ahli Akademik Antarabangsa
Akan Menjadikan Malaysia Hub Pendidikan Dunia

Margin: 5.33

Juri: 3-0

Keputusan: Pembangkang (USIM)
Pendebat Terbaik: Saudara Mohd Ikhwan Mohd Rosseli (USIM)

PUSINGAN KEDUA

USIM (Kerajaan) vs UMS (Pembangkang)

Tema: Brain-Drain dan Brain-Gain

Usul: Dewan Ini Mencadangkan Cukai Yang Tinggi Patut Dikenakan
Kepada Golongan Profesional Malaysia Yang bekerja Di Luar Negara

Margin: 2

Juri: 1-2

Keputusan: Pembangkang (UMS)
Pendebat Terbaik: Tiada

PUSINGAN KETIGA

UNITEN (Kerajaan) vs USIM (Pembangkang)

Tema: Negara Berpendapatan Tinggi

Usul: Dewan Ini Percaya Pelan Transformasi Ekonomi Perlukan DEB

Margin: 2.67

Juri: 3-0

Keputusan: Pembangkang (USIM)
Pendebat Terbaik: Saudara Mohd Ikhwan Mohd Rosseli (USIM)

PUSINGAN KEEMPAT

USIM (Kerajaan) vs UIAM (Pembangkang)

Tema: Penambahbaikan Sistem Pengangkutan Awam

Usul: Dewan Ini Melarang Penjualan petrol bersubsidi Di Bandar Yang
Mempunyai Perkhidmatan Pengangkutan Awam Yang baik

Margin: 2

Juri: 1-2

Keputusan: Pembangkang (UIAM)
Pendebat Terbaik: Saudara Mohd Ikhwan Mohd Rosseli (USIM)

PUSINGAN KELIMA

UMP (Kerajaan) vs USIM (Pembangkang)

Tema: Brain-Drain dan Brain-Gain

Usul: Dewan Ini Mewajibkan Caruman Kepada Dana Persaraan Untuk
Kakitangan Awam, Swasta dan Persendirian

Margin: 5

Juri: 2-1

Keputusan: Pembangkang (USIM)
Pendebat Terbaik: Saudara Mohd Ikhwan Mohd Rosseli (USIM)

Walaupun secara keseluruhannya pasukan USIM hanya mendapat tempat kelima dalam peringkat pusingan dengan hanya mencatat tiga kemenangan sahaja, namun itu tidak mematahkan semangat pasukan USIM untuk pergi dengan lebih jauh di peringkat seterusnya.

PUSINGAN SUKU AKHIR

USIM (Kerajaan) vs UMT (Pembangkang)

Usul: Dewan Ini Menyokong Pelantikan Naib Cancelor Melalui
Pengundian Demi Autonomi Universiti

Juri: 3-2

Keputusan: Kerajaan (USIM)
Pendebat Terbaik: Saudara Mohd Ikhwan Mohd Rosseli (USIM)

PUSINGAN SEPARUH AKHIR

UIAM (Kerajaan) vs USIM (Pembangkang)

Usul: Dewan Ini Akan Mengecilkan Saiz Kabinet Malaysia

Juri: 5-2

Keputusan: Pembangkang (USIM)
Pendebat Terbaik: Tiada

Di peringkat separuh akhir, pasukan USIM bertemu dengan seteru utama iaitu pasukan UIAM yang merupakan tuan rumah kejohanan. Walaupun UIAM  tampil dengan rekod kemenangan di pusingan kelayakan serta sokongan padu dari penyokong yang ramai, namun sokongan dari rakan-rakan seperjuangan USIM serta rakan-rakan universiti-universiti lain telah menambahkan keyakinan pasukan USIM sehingga mencatat kemenangan yang cukup bermakna denagn juri 5-2 seterusnya melayakkan pasukan USIM mara ke pusingan akhir pertandingan Piala Perdana Menteri 2011.

PUSINGAN AKHIR

UITM (Kerajaan) vs USIM (Pembangkang)

Usul: Dewan Ini Percaya kerajaan Malaysia Wajar Menyaring Kandungan
Internet Secara Terpilih Untuk Mencapai 1Malaysia

Juri: 7-2

Keputusan: Pembangkang (USIM)
Pendebat Terbaik: Saudara Mohd Ikhwan Mohd Rosseli (USIM)

Kejuaraan pasukan Debat Bahasa Melayu USIM bagi pertandingan debat yang paling berprestij ini telah membuka mata masyarakat tentang kemampuan dan kebolehan pasukan Debat Bahasa Melayu USIM dan sekali lagi telah berjaya menambah koleksi kejuaraan bagi Kelab Debat USIM dan USIM sendiri secara keseluruhannya pada pertandingan kali ini. Diharapkan agar kejayaan pada kali ini menjadi pemangkin untuk Debat Bahasa Melayu USIM terus maju di dalam mengharumkan serta memahat nama USIM agar disegani dan dihormati oleh universiti-universiti lain di Malaysia.

Berikut merupakan sebahagian gambar-gambar di sepanjang pertandingan kali ini:

PM melihat Piala Pusingan Debat Piala Perdana Menteri yang diperbuat 100% dari puiter seberat 19kg yang bernilai RM25,000

Pendebat-pendebat USIM ketika taklimat pertandingan

Pasukan Debat Bahasa Melayu USIM ketika pertandingan di peringkat saringan

Saudari Ummu Umairah dari USIM ketika ditemu ramah oleh wartawan

Perbincangan yang sentiasa menjadi elemen penting buat pasukan debat USIM

Pertandingan kali ini mendapat liputan meluas media massa

Juara Debat Piala Perdana Menteri (Kategori Bahasa Melayu) dan Juara Debat Piala Perdana Menteri (Kategori Bahasa Inggeris)

Pasukan Debat Bahasa Melayu USIM bersama dengan Vanidah Imran, salah seorang juri pertandingan akhir

Rentetan perjalan Juara Sulung Debat Piala Perdana Menteri 2011

Pasukan Debat Bahasa Melayu USIM, kalian kebanggaan kami

MEMBINA PEWARIS LEGASI GEMILANG

Disediakan oleh:

MUHAMMAD IQMAL HISHAM BIN KAMARUDDIN
Exco Prestasi dan Pencapaian
Kelab Debat USIM