Sunday, 9 December 2012

FSU DAN FST JUARA BERSAMA BUAT PERTAMA KALI BAGI KEJOHANAN DEBAT PIALA NAIB CANSELOR USIM EDISI KE-6 2012



9 Disember 2012, USIM: Kelab Debat USIM dengan kerjasama Bahagian Hal Ehwal Pelajar telah menganjurkan Kejohanan Debat Piala Naib Canselor Edisi Ke-6 2012 bertempat di Pusat Tamhidi, Kampus Bandar Baru Nilai, Universiti Sains Islam Malaysia. Kejohanan ini melibatkan penyertaan daripada setiap fakulti dan Pusat Tamhidi dengan menawarkan pertandingan kepada 3 kategori iaitu kategori Bahasa Melayu, kategori Bahasa Inggeris dan kategori Bahasa Arab.

Pendaftaran pasukan pada 6 Disember 2012 telah diadakan di Dewan Kuliah Pusat 3 (DKP3) USIM pada jam 8 malam. Sebanyak 17 pasukan telah mendaftar untuk pertandingan kategori Bahasa Melayu, 16 pasukan bagi kategori Bahasa Inggeris dan 18 pasukan bagi kategori Bahasa Arab. Taklimat pertandingan telah disampaikan oleh pengarah program, Saudara Majdi bin Musa pada malam tersebut.

Pada 7 dan 8 Disember 2012, pertandingan berlansung dengan menyaksikan setiap pasukan bertanding mengikut sistem liga. Pada 9 Disember 2012, pertandingan akhir bagi kategori Bahasa Inggeris dan Arab telah berlansung secara serentak dengan memperlihatkan pasukan daripada Fakulti Syariah dan Undang-Undang (FSU) dan Fakulti Pengajian Bahasa Utama (FPBU) bertanding bagi kategori Bahasa Arab dan pasukan daripada Fakulti Sains dan Teknologi (FST) dan Pusat Tamhidi bertanding bagi kategori Bahasa Inggeris.

Pertandingan akhir bagi kategori Bahasa Melayu telah berlansung di Dewan Kuliah Pusat 3 (DKP3) USIM pada jam 8.00 malam. Pertandingan akhir telah menyaksikan perlawanan di antara pasukan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK) selaku pihak kerajaan dan pasukan Fakulti Ekonomi dan Muamalat (FEM) selaku pembangkang dengan keputusan memihak kepada pihak kerajaan. Pada malam itu juga, Fakulti Sains dan Teknologi (FST) telah dinobatkan selaku johan bagi kategori Bahasa Inggeris manakala Fakulti Syariah dan Undang-Undang (FSU) pula dinobatkan selaku johan bagi kategori Bahasa Arab.

Juara keseluruhan kejohanan pada kali ini telah dimenangi bersama oleh Fakulti Syariah dan Undang-undang (FSU) dan Fakulti Sains dan Teknologi (FST). Majlis perasmian penutup telah dirasmikan oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni USIM, Y. Bhg. Prof. Dato’ Dr. Mohamed Asin Dollah mewakili Naib Canselor USIM, Prof. Dato’ Dr. Asma’ Ismail.

Berikut merupakan sebahagian gambar-gambar sepanjang kejohanan berlangsung:

Pengarah program, Saudara Majdi Musa

Prof. Dato' Dr. Mohamed Asin Dollah bersama piala pusingan

Pasukan Pembangkang, Fakulti Ekonomi dan Muamalat (FEM)

Pasukan Kerajaan, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK)

YDP pertandingan akhir bersama penjaga masa

Ketika sesi pembentangan konsep dan hujah

Ketua Hakim pertandingan akhir, Encik Syamsul Amri Ismail yang juga merupakan presiden Alumni Debat Malaysia (ADAM)

Ketika sesi penyampaian  hadiah

Barisan VIP pada majis perasmian penutup kali ini

Juara bersama FSU dan FST

MEMBINA PEWARIS LEGASI GEMILANG

Disediakan oleh:

NURFARAHIN BINTI JULI
Setiausaha
Kejohanan Debat Piala Naib Canselor USIM
Edisi Ke-6 2012