19 SEPTEMBER 2012, USIM: Kelab Debat USIM sekali lagi bertukar
organisasi kepimpinannya secara rasmi dengan adanya Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Exco Kelab
Debat Sesi 2012/2013 USIM dan Penghargaan Exco Kelab Debat Sesi 2011/2012 USIM
yang diadakan baru-baru ini.
Butiran mengenai majlis ini seperti berikut:
Tarikh : 19 September 2012 (Rabu)
Tempat : Bilik Mesyuarat Utama FKP, USIM
Waktu : 8.00 pagi
Majlis ini bertujuan untuk meraikan
kepimpinan exco baru Kelab Debat USIM disamping memberikan penghargaan kepada
kepimpinan exco lama Kelab Debat USIM dan juga pendebat-pendebat akhir tahun
USIM.
Selain itu, buat pertama kalinya organisasi
Kelab Debat Sesi 2012/2013 telah menampilkan struktur organisasi yang baru berbanding
tahun-tahun sebelum ini bagi memantapkan lagi perjalanan Kelab Debat. Berikut
merupakan struktur organisasi Kelab Debat Sesi 2012/2013:
Pengerusi
Timbalan
Pengerusi
Naib
Pengerusi I Naib Pengerusi II Naib
Pengerusi III
(Bahasa
Melayu) (Bahasa Inggeris) (Bahasa Arab)
Setiausaha
Timbalan
Setiausaha
Bendahari
Timbalan
Bendahari
-Exco Latihan
dan Pembangunan-
-Exco Ekonomi dan Penjanaan-
-Exco
Kebajikan dan Kerohanian- -Exco Teknologi
Maklumat dan Media-
-Exco
Hubungan dan Pengantarabangsaan- -Exco Teknikal
dan Pengurusan-
Diharapkan
kepimpinan yang baru dapat meneruskan aktiviti-aktivit yang memanfaatkan buat
ahli-ahli kelab, pendebat-pendebat dan warga USIM secara keseluruhannya dan
kepimpinan yang lama terus membantu memberi tunjuk ajar kepada kepimpinan yang
baru.
Kepada
sesiapa yang berminat untuk menyertai aktiviti-aktiviti Kelab Debat boleh mengisi
borang keahlian sesi 2012/2013 di link Borang
Keahlian Kelab Debat Sesi 2012/2013.
Berikut merupakan sebahagian
gambar-gambar yang sempat dirakam:
Sedang mendengar ucapan daripada Y. Bhg. Prof. Dato' Dr. Mohamed
Asin Dollah, TNC HEPA USIM

Berbincang-bincang mengenai halatuju Kelab Debat USIM

Encik Mohd Zaini Othman, Penasihat Kelab Debat USIM sedang
memberikan kata-kata aluan

Y. Bhg. Prof. Dato' Dr. Mohamed Asin Dollah, TNC HEPA USIM sedang
memberikan ucapan

Mantan Pengerusi Kelab Debat, Saudara Mohd Syukri Md Zin

Mantan Timbalan Pengerusi Kelab Debat I, Saudari Puan Kamalia
Baharom

Mantan Timbalan Pengerusi Kelab Debat II, Saudara Taufik Abu Bakar

Mantan Setiausaha Kelab Debat, Saudara Amirul Anwar
Mantan Exco-Exco Kelab Debat, Saudara Farhan Ashari dan Saudara
Asmuni
Mantan Exco-Exco Kelab Debat, Saudara Idzhar dan Saudara Najdi
Mantan Exco-Exco Kelab Debat, Saudari Jairah dan Saudari Adibah

Pengerusi Kelab Debat baru, Saudara Muhammad Iqmal Hisham
Kamaruddin

Timbalan Pengerusi Kelab Debat, Saudara Zulfawwaz Mohmad
Naib Pengerusi Kelab Debat I, Saudara Muhammad Faiz Hussin Shokri
Setiausaha Kelab Debat, Saudari Rafeah Makhtar
Timbalan Setiausaha Kelab Debat, Saudari Atikah Nur
“MEMBINA PEWARIS LEGASI GEMILANG”
AINIL HAWA MOHD FAUZI
Pengarah
Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Exco Kelab Debat Sesi 2012/2013
dan Penghargaan Exco Kelab Debat Sesi 2011/2012 USIM