Sunday, 9 December 2012

FSU DAN FST JUARA BERSAMA BUAT PERTAMA KALI BAGI KEJOHANAN DEBAT PIALA NAIB CANSELOR USIM EDISI KE-6 2012



9 Disember 2012, USIM: Kelab Debat USIM dengan kerjasama Bahagian Hal Ehwal Pelajar telah menganjurkan Kejohanan Debat Piala Naib Canselor Edisi Ke-6 2012 bertempat di Pusat Tamhidi, Kampus Bandar Baru Nilai, Universiti Sains Islam Malaysia. Kejohanan ini melibatkan penyertaan daripada setiap fakulti dan Pusat Tamhidi dengan menawarkan pertandingan kepada 3 kategori iaitu kategori Bahasa Melayu, kategori Bahasa Inggeris dan kategori Bahasa Arab.

Pendaftaran pasukan pada 6 Disember 2012 telah diadakan di Dewan Kuliah Pusat 3 (DKP3) USIM pada jam 8 malam. Sebanyak 17 pasukan telah mendaftar untuk pertandingan kategori Bahasa Melayu, 16 pasukan bagi kategori Bahasa Inggeris dan 18 pasukan bagi kategori Bahasa Arab. Taklimat pertandingan telah disampaikan oleh pengarah program, Saudara Majdi bin Musa pada malam tersebut.

Pada 7 dan 8 Disember 2012, pertandingan berlansung dengan menyaksikan setiap pasukan bertanding mengikut sistem liga. Pada 9 Disember 2012, pertandingan akhir bagi kategori Bahasa Inggeris dan Arab telah berlansung secara serentak dengan memperlihatkan pasukan daripada Fakulti Syariah dan Undang-Undang (FSU) dan Fakulti Pengajian Bahasa Utama (FPBU) bertanding bagi kategori Bahasa Arab dan pasukan daripada Fakulti Sains dan Teknologi (FST) dan Pusat Tamhidi bertanding bagi kategori Bahasa Inggeris.

Pertandingan akhir bagi kategori Bahasa Melayu telah berlansung di Dewan Kuliah Pusat 3 (DKP3) USIM pada jam 8.00 malam. Pertandingan akhir telah menyaksikan perlawanan di antara pasukan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK) selaku pihak kerajaan dan pasukan Fakulti Ekonomi dan Muamalat (FEM) selaku pembangkang dengan keputusan memihak kepada pihak kerajaan. Pada malam itu juga, Fakulti Sains dan Teknologi (FST) telah dinobatkan selaku johan bagi kategori Bahasa Inggeris manakala Fakulti Syariah dan Undang-Undang (FSU) pula dinobatkan selaku johan bagi kategori Bahasa Arab.

Juara keseluruhan kejohanan pada kali ini telah dimenangi bersama oleh Fakulti Syariah dan Undang-undang (FSU) dan Fakulti Sains dan Teknologi (FST). Majlis perasmian penutup telah dirasmikan oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni USIM, Y. Bhg. Prof. Dato’ Dr. Mohamed Asin Dollah mewakili Naib Canselor USIM, Prof. Dato’ Dr. Asma’ Ismail.

Berikut merupakan sebahagian gambar-gambar sepanjang kejohanan berlangsung:

Pengarah program, Saudara Majdi Musa

Prof. Dato' Dr. Mohamed Asin Dollah bersama piala pusingan

Pasukan Pembangkang, Fakulti Ekonomi dan Muamalat (FEM)

Pasukan Kerajaan, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK)

YDP pertandingan akhir bersama penjaga masa

Ketika sesi pembentangan konsep dan hujah

Ketua Hakim pertandingan akhir, Encik Syamsul Amri Ismail yang juga merupakan presiden Alumni Debat Malaysia (ADAM)

Ketika sesi penyampaian  hadiah

Barisan VIP pada majis perasmian penutup kali ini

Juara bersama FSU dan FST

MEMBINA PEWARIS LEGASI GEMILANG

Disediakan oleh:

NURFARAHIN BINTI JULI
Setiausaha
Kejohanan Debat Piala Naib Canselor USIM
Edisi Ke-6 2012

Wednesday, 19 September 2012

MAJLIS PENYAMPAIAN WATIKAH PELANTIKAN EXCO KELAB DEBAT SESI 2012/2013 DAN PENGHARGAAN EXCO KELAB DEBAT SESI 2011/2012




19 SEPTEMBER 2012, USIM: Kelab Debat USIM sekali lagi bertukar organisasi kepimpinannya secara rasmi dengan adanya Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Exco Kelab Debat Sesi 2012/2013 USIM dan Penghargaan Exco Kelab Debat Sesi 2011/2012 USIM yang diadakan baru-baru ini.

Butiran mengenai majlis ini seperti berikut:

Tarikh   : 19 September 2012 (Rabu)
Tempat : Bilik Mesyuarat Utama FKP, USIM
Waktu   : 8.00 pagi

Majlis ini bertujuan untuk meraikan kepimpinan exco baru Kelab Debat USIM  disamping memberikan penghargaan kepada kepimpinan exco lama Kelab Debat USIM dan juga pendebat-pendebat akhir tahun USIM.

Selain itu, buat pertama kalinya organisasi Kelab Debat Sesi 2012/2013 telah menampilkan struktur organisasi yang baru berbanding tahun-tahun sebelum ini bagi memantapkan lagi perjalanan Kelab Debat. Berikut merupakan struktur organisasi Kelab Debat Sesi 2012/2013:

Pengerusi

Timbalan Pengerusi

Naib Pengerusi I       Naib Pengerusi II       Naib Pengerusi III
(Bahasa Melayu)       (Bahasa Inggeris)             (Bahasa Arab)

Setiausaha

Timbalan Setiausaha

Bendahari

Timbalan Bendahari

-Exco Latihan dan Pembangunan-                                                  -Exco Ekonomi dan Penjanaan-

-Exco Kebajikan dan Kerohanian-                                        -Exco Teknologi Maklumat dan Media-

-Exco Hubungan dan Pengantarabangsaan-                                -Exco Teknikal dan Pengurusan-


Diharapkan kepimpinan yang baru dapat meneruskan aktiviti-aktivit yang memanfaatkan buat ahli-ahli kelab, pendebat-pendebat dan warga USIM secara keseluruhannya dan kepimpinan yang lama terus membantu memberi tunjuk ajar kepada kepimpinan yang baru.

Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai aktiviti-aktiviti Kelab Debat boleh mengisi borang keahlian sesi 2012/2013 di link Borang Keahlian Kelab Debat Sesi 2012/2013.

Berikut merupakan sebahagian gambar-gambar yang sempat dirakam:

Sedang mendengar ucapan daripada Y. Bhg. Prof. Dato' Dr. Mohamed Asin Dollah, TNC HEPA USIM

Berbincang-bincang mengenai halatuju Kelab Debat USIM

Encik Mohd Zaini Othman, Penasihat Kelab Debat USIM sedang memberikan kata-kata aluan

Y. Bhg. Prof. Dato' Dr. Mohamed Asin Dollah, TNC HEPA USIM sedang memberikan ucapan

Mantan Pengerusi Kelab Debat, Saudara Mohd Syukri Md Zin

Mantan Timbalan Pengerusi Kelab Debat I, Saudari Puan Kamalia Baharom

Mantan Timbalan Pengerusi Kelab Debat II, Saudara Taufik Abu Bakar

Mantan Setiausaha Kelab Debat, Saudara Amirul Anwar

Mantan Exco-Exco Kelab Debat, Saudara Farhan Ashari dan Saudara Asmuni

Mantan Exco-Exco Kelab Debat, Saudara Idzhar dan Saudara Najdi

Mantan Exco-Exco Kelab Debat, Saudari Jairah dan Saudari Adibah

Pengerusi Kelab Debat baru, Saudara Muhammad Iqmal Hisham Kamaruddin

Timbalan Pengerusi Kelab Debat, Saudara Zulfawwaz Mohmad

Naib Pengerusi Kelab Debat I, Saudara Muhammad Faiz Hussin Shokri

Setiausaha Kelab Debat, Saudari Rafeah Makhtar

Timbalan Setiausaha Kelab Debat, Saudari Atikah Nur

MEMBINA PEWARIS LEGASI GEMILANG

AINIL HAWA MOHD FAUZI
Pengarah
Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Exco Kelab Debat Sesi 2012/2013
dan Penghargaan Exco Kelab Debat Sesi 2011/2012 USIM

Tuesday, 10 July 2012

PERTANDINGAN DEBAT BAHASA ARAB ANTARA SEKOLAH_SEKOLAH MENENGAH KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA PERINGKAT KEBANGSAAN DAN JEMPUTAN NUSANTARA 2012


10 JULAI 2012, USIM: Pertandingan Debat Bahasa Arab Sekolah-Sekolah Menengah Kementerian Pelajaran Malaysia Peringkat Kebangsaan Dan Jemputan Nusantara 2012 telah selamat disempurnakan dengan jayanya buat kali kelima pada 6-10 Julai 2012 di Fakulti Pengajian Al-Quran dan As-Sunnah (FPQS), Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan (FKP) dan Dewan Kuliah Pusat 3 (DKP 3), Universiti Sains Islam Malaysia, Nilai, Negeri Sembilan. Pertandingan ini dianjurkan bersama Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) USIM, Kelab Debat USIM dan Bahagian Pendidikan Islam (BPI), Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Kali ini, penganjur telah membuka penyertaan baru iaitu kategori nusantara disamping meneruskan kategori kebangsaan yang sedia ada. SMKA Sheikh Haji Mohd Said, Negeri Sembilan muncul johan manakala SMKA Al-Irshad, Pulau Pinang muncul naib johan bagi kategori kebangsaan. Bagi kategori nusantara pula, Madrasah Al-Juneid, Singapura telah muncul sebagai johan sulung manakala Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS), Malaysia muncul sebagai naib johan.

KATEGORI KEBANGSAAN                  
TARIKH
AKTIVITI
TEMPAT
6 Julai
Pendaftaran Peserta & Guru Pengiring
Kolej Kediaman Sutera Indah, USIM
Taklimat Peserta
DKU FPQS, USIM
Taklimat Hakim           
Dewan Hotel Alson Klana, Nilai
7 Julai
Pusingan 1, 2 & 3
FPQS, USIM
8 Julai
Pusingan 4, 5 & 6
FPQS, USIM
9 Julai
Pusingan 16 Terbaik, Suku Akhir & Separuh Akhir
FPQS, USIM
10 Julai           
Pertandingan Akhir & Perasmian Penutup
DKP 3, USIM

KATEGORI NUSANTARA         
TARIKH
AKTIVITI
TEMPAT
7 Julai
Pendaftaran Peserta & Guru Pengiring
Kolej Kediaman Sutera Indah, USIM
Taklimat Peserta
DKF 2.1 FPQS, USIM
8 Julai
Pusingan 1, 2 & 3
FKP, USIM
9 Julai
Separuh Akhir & Pertandingan Akhir
FKP, USIM
10 Julai           
Perasmian Penutup
DKP 3, USIM

            Secara umumnya, pertandingan telah berjalan dengan lancar. Walaupun terdapat beberapa masalah seperti masalah ketiadaan air di tempat penginapan serta masalah makanan basi, namun ianya dapat diatasi. Mengenai masalah air, ianya disebabkan oleh kerja-kerja pembaikan kebocoran paip oleh pihak Syarikat Air Negeri Sembilan (SAINS) manakala masalah makanan basi berpunca dari caterer makanan yang gagal menyediakan makanan dalam keadaan yang ditetapkan. Masalah air diatasi dengan menghubungi pihak SAINS bagi meminta penjelasan dan meminta agar menyelesaikan kerja-kerja membaik pulih dengan segera manakala masalah makanan basi diatasi dengan menukar caterer yang baru yang dapat menyediakan makanan dalam keadaan yang baik. Selain itu, terdapat beberapa masalah lain seperti kes demam, cirit-birit serta kehilangan barang namun semua itu juga dapat diatasi dengan bantuan Unit Aduan, Kebajikan & Keselamatan pertandingan.

Pertandingan kali ini juga disaksikan oleh penonton-penonton yang datang dari sekolah-sekolah sekitar Nilai seperti SMK Bandar Baru Salak Tinggi, SMK Bandar Baru Nilai dan SMKA Tun Mamat. Selain itu, delegasi daripada Thailand juga telah hadir bagi menyaksikan sendiri pertandingan yang sedang berlangsung pada ketika itu.

Perasmian penutup telah disempurnakan oleh YB Exco Pelajaran Negeri Sembilan, Dato Shamsulkahar Deli. Ianya juga dihadiri oleh Yang Berbahagia Pengarah Bahagian Pendidikan Islam (BPI), Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), Tuan Haji Abdullah Md Din, Naib Canselor USIM, Prof. Dato’ Dr. Muhamad Muda, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar & Alumni USIM, Prof. Dato’ Dr. Asin Dollah, Timbalan Naib Canselor Akademik & Antarabangsa, Prof. Dr. Musa Ahmad dan dif-dif kehormat dari BPI dan juga USIM yang lain.

Pertandingan ini menyaksikan kemeriahan suasana Bahasa Arab dan iklim Islami dalam kalangan warga pertandingan. Perkara ini dapat dibuktikan apabila parlimen bersidang dalam bahasa Arab. Segala taklimat dan pengumuman daripada pensyarah dan urus setia pertandingan juga disampaikan dalam bahasa Arab. Di samping itu, perbualan antara pendebat, guru pengiring dan hakim majoritinya dalam bahasa Arab. Sajian hiburan dalam bahasa Arab juga disediakan oleh pihak penganjur pertandingan. Pertandingan ini juga telah mewujudkan serta mengeratkan ukhuwah antara pihak sekolah dengan BPI dan USIM.

Selain itu, pertandingan ini membolehkan para peserta dan guru menimba ilmu dan pengalaman berdasarkan komen dan kritikan yang diberikan kepada para pendebat selepas setiap sesi perdebatan. Para peserta berdebat sambil belajar untuk berkomunikasi dalam bahasa Arab. Pengalaman yang didapati dari pertandingan ini juga dapat diaplikasikan di sekolah melalui berkomunikasi dalam bahasa Arab bagi pertandingan-pertandingan lain seperti Kalimatus Sobah, Hiwar dan Kuiz Bahasa Arab dalam Majlis Ihtifal Institusi Pendidikan Agama (IPA) di pelbagai peringkat.

Rata-rata pendebat melahirkan rasa syukur kerana pertandingan ini merupakan salah satu daripada saluran untuk mewujudkan ukhuwah baru dan melalui pertandingan ini, para pendebat dilihat lebih berkeyakinan untuk berkomunikasi dalam Bahasa Arab dalam kehidupan seharian mereka.

Berikut merupakan sebahagian gambar-gambar yang sempat dirakan sepanjang pertandingan berlangsung:

Sebahagian dari runners yang bertugas pada pertanidngan kali ini

Sesi pendaftaran

Peserta berasak-asak ke bilik sidang

Malam taklimat peserta

SMK Mutiara, Labuan

Juara Kebangsaan, SHAMS

Suasana ketika pertandingan akhir peringkat nusantara

Juara Nusantara, Al-Junied dari Singapura

Ajk-ajk bergambar selepas pertandingan

Sebahagian hakim-hakim yang mengadili pertandingan kali ini

Pengarah dan timbalan pengarah

Sesi penyampaian hadiah kepada para pemenang

Penonton yang menghadiri pertandingan akhir peringkat nusantara

MEMBINA PEWARIS LEGASI GEMILANG

Disediakan oleh:

MUHAMMAD IQMAL HISHAM BIN KAMARUDDIN
Pengarah
Pertandingan Debat Bahasa Arab Sekolah-Sekolah Menengah
Kementerian Pelajaran Malaysia Peringkat Kebangsaan dan Jemputan Nusantara 2012