2 DISEMBER 2011, UITM:
Secara ringkasnya, program Debat Bahasa Melayu Tanpa Henti 211 Jam yang
dianjurkan oleh Universiti Teknologi MARA (UiTM) dengan kerjasama Utusan
Malaysia pada kali ini bertujuan untuk memecahkan rekod lama dalam The Malaysia
Book of Records sebelum ini iaitu Debat Bahasa Melayu Tanpa Henti 100 Jam pada
Tahun 2006 yang lalu.
Tema program debat kali ini ialah
"Transformasi dan Perpaduan Bangsa". Penulis dan rakan2 lain telah
dijemput bagi sama2 menjayakan program kali ini dan penulis telah bersidang
pada Sidang Ke-50. Selain itu, penulis sempat juga berjalan2 sekitar UiTM Shah
Alam yang menjedi venue program kali ini.
Dan
untuk makluman, disebabkan program ini mendapat sambutan dari ramai pihak,
pihak penganjur telah memanjangkan masa program ini dari 211 jam kepada 222
jam. Alhamdulillah, program ini telah tamat dengan rekod masa bersidang
sebanyak 222 jam.
Selain
itu, program ini dilihat mampu
melatih seseorang itu menjadi seorang pemimpin pada masa hadapan. Demikian
pendapat peserta dari Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Muhammad
Irhammudin Ibrahim, 21, yang melihat melalui penganjuran program tersebut, ia
membina keyakinan diri seseorang, terutamanya apabila berada di hadapan
khalayak ramai.
Program
kali ini turut dijayakan oleh penyertaan pendebat-pendebat dari pasukan Debat
Bahasa Melayu USIM yang turut sama-sama hadir menjayakan program pada kali ini.
Berikut merupakan gambar akhbar yang diambil dari akhbar Kosmo yang menunjukkan penglibatan pendebat-pendebat USIM pada program debat kali ini:
Saudara Irhamuddin sedang berhujah mengenai usul "Pakatan Rakyat Sudah Tidak relevan"
“MEMBINA PEWARIS LEGASI GEMILANG”
Disediakan oleh:
MUHAMMAD IQMAL HISHAM BIN KAMARUDDIN
Exco Prestasi dan Pencapaian
Kelab Debat USIM