19 Mac 2011, UUM: Pasukan
Debat Bahasa Melayu USIM telah membawa satu nafas yang baru dalam dunia
perdebatan USIM dengan menambah koleksi kemenangannya apabila membawa pula
status Juara Liga Pusingan, Naib Johan bagi Pertandingan Debat Perdana
Integriti 2011 dan status Pendebat Terbaik Akhir oleh Saudara Mohd Ikhwan Mohd
Rosseli. Selaku Naib Johan, USIM membawa pulang wang tunai RM4,000 manakala
Pendebat Terbaik Akhir membawa pulang RM1,000.
Dengan
usul “Integriti Politik Penentu Undi PRU-13”, USIM bagaimanapun masih tidak
mampu menidakkan keupayaan Multimedia Malaysia University (MMU) untuk bergelar
johan dengan membawa pulang Piala Pusingan, piala iringan dan wang tunai
RM6,000. Seperti pertandingan-pertandingan debat yang lain, Debat Perdana Integriti
juga terdiri dari 6 pusingan liga kelayakan sebelum pusingan suku akhir,
separuh akhir dan akhir. Pada kali ini, seramai 28 buah IPTA, IPTS dan IPG
turut serta. Kali ini USIM diwakili oleh Saudari Ummu Umairah selaku pendebat
pertama, Saudara Mohd Ikhwan Mohd Rosseli selaku pendebat kedua, Saudara Abdullah
Long selaku pendebat ketiga dan Saudara Irhamuddin selaku pendebat simpanan.
Berikut
merupakan ringkasan tentang perlawanan bagi pusingan kelayakan yang telah
dihadapi oleh USIM pada kali ini:
PUSINGAN 1
USIM (Kerajaan) vs UMP
(Pembangkang)
Usul: Benih Integriti yang
Ditanam, Rumpai Integriti yang Tumbuh
Margin: 1
Juri: 2-1
Keputusan: Pembangkang (UMP)
Keputusan: Pembangkang (UMP)
Pendebat Terbaik: Saudara Adam (UMP)
PUSINGAN 2
Universiti Taylor (Kerajaan)
vs USIM (Pembangkang)
Usul: Persatuan Sukan
Perlukan Perubahan
Margin: 9.33
Juri: 3-0
Keputusan: Pembangkang
(USIM)
Pendebat Terbaik: Saudara Abdullah Long (USIM)
PUSINGAN 3
USIM (Kerajaan) vs IPG Darul
Aman (Pembangkang)
Usul: Masalah Politik:Iltizam
Politik Didambakan
Margin: 3
Juri: 3-0
Keputusan: Kerajaan (USIM)
Pendebat Terbaik: Saudara Mohd
Ikhwan Mohd Rosseli (USIM)
PUSINGAN 4
UTP (Kerajaan) vs USIM
(Pembangkang)
Usul: Model Ekonomi Baru:Satu Angan-Angan
Margin: 1.67
Juri: 3-0
Keputusan: Pembangkang
(USIM)
Pendebat Terbaik: Saudara Mohd Ikhwan Mohd Rosseli (USIM)
PUSINGAN 5
UIAM (Kerajaan) VS USIM (Pembangkang)
Usul: Sudah tiba masanya
hukuman mati dimansuhkan
Margin: 4
Juri: 3-0
Keputusan: Pembangkang (USIM)
Pendebat Terbaik: Saudara Mohd Ikhwan Mohd Rosseli (USIM)
PUSINGAN 6
USIM (Kerajaan) VS UMT (Pembangkang)
Usul: Pilihanraya Kecil
Perlu Dimansuhkan
Margin: 3
Juri: 3-0
Keputusan: Kerajaan (USIM)
Pendebat Terbaik: Saudara Mohd Ikhwan Mohd Rosseli (USIM)
Mengikut secara keseluruhan keenam-enam pusingan tersebut, USIM
telah berjaya menempah nama selaku Juara Liga Pusingan Kelayakan Debat Perdana
Integriti 2011. Selaku juara USIM membawa pulang piala Juara Liga Debat Perdana
Integriti dan wang tunai beserta sijil. Namun, perjuangan USIM tidak terhenti
di sini sahaja. Berikut merupakan rentetan perjalanan USIM di peringkat
seterusnya:
SUKU AKHIR
USIM (Kerajaan) vs UTP (Pembangkang)
Usul: 1 Malaysia:Yang Dikejar Tak Dapat, Yang Dikendong Berciciran
Margin: 1.5
Juri: 4-1
Keputusan: Kerajaan (USIM)
Pendebat Terbaik: Saudara Mohd
Ikhwan Mohd Rosseli (USIM)
SEPARUH AKHIR
Usul: KPI Merangsang Kualiti
Perkhidmatan Awam
UM (Kerajaan) vs USIM (Pembangkang)
Margin: 4
Juri: 4-1
Pendebat Terbaik: Saudara Mohd
Ikhwan Mohd Rosseli (USIM)
AKHIR
USIM (Kerajaan) vs MMU (Pembangkang)
Usul: Integriti Politik
Penentu Undi PRU-13
Juri: 5-2
Keputusan: Pembangkang (MMU)
Pendebat Terbaik: Saudara Mohd Ikhwan Mohd Rosseli (USIM)
Selain itu, pasukan debat USIM telah melepasi sasaran KPI untuk
pertandingan kali ini di mana ia menyasarkan hanya layak ke separuh akhir. Kepada
para pemenang, tahniah diucapkan dan yakinlah bahawa pintu perjuangan belum
lagi tertutup untuk perdebatan-perdebatan seterusnya. Sesungguhnya pendebat
USIM sentiasa merupakan juara di hati seluruh warga USIM.
Berikut merupakan sebahagaian gambar-gambar sepanjang
pertandingan:

Delegasi pasukan Debat Bahasa Melayu USIM kali ini

Ketika pertandingan sedang berlangsung

Hadiah kemenangan yang dibawa pulang oleh pasukan Debat Bahasa Melayu USIM
Jurulatih Debat Bahasa Melayu USIM sedang memberikan kata-kata semangat
Sesi perbincangan merupakan antara elemen yang sangat penting dalam menentukan kejayaan
Keputusan keseluruhan liga setelah 6 pusingan
Tetap gembira walaupun dalam kesibukan pertandingan
Researcher-researcher USIM
Pasukan Debat Bahasa Melayu USIM, kalian kebanggaan kami
“MEMBINA PEWARIS LEGASI
GEMILANG”
Disediakan Oleh:
MUHAMMAD IQMAL HISHAM BIN KAMARUDDIN
Exco Prestasi dan Pencapaian,
Kelab Debat USIM